Artikel

ASNB Umum Pengagihan Pendapatan 4.00 Sen Seunit Bagi ASM 3

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) kini mengumumkan jumlah pengagihan pendapatan bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2020 sebanyak RM645.9 juta.

Jumlah itu merangkumi dana unit amanah harga tetap Amanah Saham Malaysia 3 (ASM3) sebanyak RM571.3 juta. Pengagihan pendapatan 4.00 sen seunit ini dijangka dapat memanfaatkan sekitar 513,721 pemegang unit dana tersebut.

Selain itu turut meliputi pengagihan pendapatan bagi dana harga berubah (ASN Equity 5) berjumlah RM12.7 juta dan ASN Sara (Mixed Aset Conservative) 2 (ASN Sara 2) pula berjumlah RM61.9 juta.

Meskipun, kedudukan pasaran tidak menentu Permodalan Nasional Berhad (PNB) tetap memberikan pulangan yang komited kepda para pemegang unit bagi dana-dana terbabit.