Artikel

Amazon Memperlihatkan Kaedah Pembayaran Baru Dengan Hanya Melambai Tangan

Amazon kini telah memperlihatkan sebuah lagi kaedah pembayaran baru berasaskan biometrik, iaitu dengan keupayaan mengecam tapak tangan.

Melalui teknologi yang dinamakan sebagai Amazon One ini, ia memudahkan lagi pengguna untuk bergerak pantas dan menggunakan tapak tangan untuk sejumlah tujuan.

Antara lokasi yang boleh mengimplementasi teknologi ini adalah termasuk di stadium, tempat kerja, dan beberapa lokasi lain. Ciri ini juga boleh digunakan untuk tujuan kad ganjaran sebagai ganti kepada penawaran kad secara fizikal.

Amazon One dikatakan mengecam tapak tangan manusia – salah satu kaedah pengecaman biometrik yang berbeza berbanding pengimbasan cap jari atau mata.

Amazon mengatakan mereka dalam perbincangan awal untuk mengintegrasikan teknologi ini disejumlah lokasi peruncit.