Artikel

Selangor Catat Kadar Kebolehjangkitan Covid-19 Lebih Tinggi Berbanding Sabah

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kini telah berkongsi nilai Rt untuk beberapa negeri, termasuk Sabah sebanyak 1.26, Kedah 0.65 dan Selangor sebanyak 1.95. Untuk makluman, kadar Rt memperlihatkan secepat mana penularan Covid-19 merebak disesuatu kawasan.

Kadar nilai Rt di Selangor dilihat naik mendadak kerana meningkatnya jumlah kes baharu harian antara 10-15, berbanding 2-3 kes sebelum ini. Angka ini sekaligus memperlihatkan peningkatan risiko wabak yang lebih besar, sekaligus memerlukan langkah pencegahan kesihatan awam perlu diambil.

Para pengguna dinasihatkan untuk terus mematuhi SOP yang telah disediakan – dan mengelak untuk keluar dari rumah sekiranya tidak mempunyai sebarang urusan.

Nilai Rt di Sabah telah mula stabil, tetapi masih merisaukan kerana melibatkan kes baharu harian yang tinggi. Sementara di Kedah ia menurun selepas kes di negeri berkenaan menurun dari hari ke hari.