Artikel

Perbelanjaan Kad Kredit Rakyat Malaysia Meningkat Berganda Pada Julai Berbanding April 2020

Dengan Perintah Kawalan Pergerakan dan ekonomi dibuka secara berperingkat, ia dilihat perbelanjaan pengguna juga semakin meningkat dari hari ke hari. Terbaru, melalui laporan yang dikeluarkan, ia dilihat perbelanjaan domestik pengguna kad kredit rakyat Malaysia meningkat hampir sekali ganda pada bulan Julai 2020 berbanding April 2020 lepas.

Pada bulan April 2020, ia dilihat pengguna kad kredit Malaysia berbelanja sekitar RM5.3 bilion, dan ia meningkat kepada RM10.205 bilion pada Julai 2020.

Jikalau dibandingkan pada tahun lepas, Julai 2019 menyaksikan perbelanjaan sekitar RM9.4 bilion. Ini sekaligus menandakan perbelanjaan pengguna menghampiri trend seperti kebiasaan pra-Covid-19.

Dikalangan pengguna kad kredit CIMB, ia dilihat pengguna lebih berbelanja untuk barangan harian seperti barangan runcit, makanan, dan juga pada platform edagang. Sementara Maybank pula menyaksikan perbelanjaan berkaitan gaya hidup yang meningkat, termasuk pada sektor automotif.

Trend berbelanja dijangka akan terus meningkat, walaupun selepas tamatnya tempoh moratorium.