Hari ini dalam detik sejarah kita adalah menyingkap peristiwa Perjanjian Pembekalan Air diantara Sungai Johor bersama Singapura pada 29 September 1962.
Pada peristiwa kali ini, memperlihatkan suatu detik yang menarik berlaku diantara Kerajaan Johor dengan Majlis Bandaran Singapura. Perjanjian terbabit memperlihatkan pemberian hak bekalan air kepada Singapura selama 99 tahun telah ditandatangani.
Menerusi persefahaman tersebut, Singapura telah dibenarkan membangunkan loji serta pemasangan paip pada penyaluran air. Perolehan bekalan telah menuntut Singapura untuk membayar 3 sen bagi setiap 4,550 liter air yang diperolehi dari Sungai Johor.
Selain itu, penetapan perjanjian turut mengariskan Singapura diberi hak menggunakan bekalan air sekitar 1,137.5 juta liter sehari.
Sementara itu, Kerajaan Johor perlu membayar 50 sen bagi setiap 4,550 liter air bersih yang dibekalkan oleh Singapura.
Menerusi perjanjian tersebut ia telah diwakili oleh Dato’ Abdul Rahman bin Jaafar, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor ketika itu bagi proses tandatangan, manakala Singapura pula diwakili W.S.Woon iaitu Pemangku Pegawai Tadbir.
Perjanjian ini dilihat amat bermakna kerana ia telah membawa manfaat yang besar kepada Singapura, di mana pihak mereka akan memperolehi bekalan air dari Johor ini selama 99 tahun iaitu sehingga tahun 2061.