Artikel

Bank Dunia Menurunkan Sasaran Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Kepada -4.9%

Bank Dunia kini telah menurunkan ramalan pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi suku kedua tahun 2020 kepada penguncupan 4.9%.

Perubahan ramalan ini berikutan ketidakpastian ekonomi global dilihat semakin meningkat. Perkara ini dijangka akan membebani keputusan pelaburan serta permintaan luar pada pembangunan.

Menurut Bank Dunia, perkembangan ekonomi ketika ini memaparkan sebahagian besar komponen permintaan seperti eksport bersih, perkhidmatan swasta serta pelaburan akan mengalami kekangan masa dan pemotongan gaji secara mendadak.

Malah, ia turut memberi kesan ke atas pasaran buruh, ini termasuklah penutupan sementara operasi pengurangan tenaga kerja dilakukan oleh syarikat. Perkara itu secara tidak langsung memberi kesan kepada momentum pertumbuhan ekonomi negara.

Peningkatan kadar pengganguran sehingga 5.1% kini menjadikan ia sebagai kadar tertinggi sepanjang catatan 30 tahun.

Untuk makluman, penyertaan tenaga kerja kini semakin merosot kepada 68.1% pada suku kedua daripada 68.8% pada suku pertama dan ramai pekerja terpaksa mengurangkan tempoh masa kerja dan gaji mereka.