Artikel

28 September 1954 – Peristiwa Peralihan Bank Agong Kampong Kepada Bank Rakyat

Detik sejarah kita kali ini memaparkan Penubuhan Bank Rakyat pada tanggal 28 September 1954, di bawah Ordinan Syarikat Kerjasama 1948.

Tujuan penubuhan Bank Rakyat adalah untuk membantu ahli-ahli dan pengurusan koperasi pada struktur kewangan premis.

Tetapi sebelum itu, untuk makluman pembaca, dahulu Bank Rakyat lebih dikenali sebagai Bank Agong Kampong pada awal pembentukannya, sebanyak 12 buah persatuan kerjasama dan beribu cawangan pejabat di Bukit Mertajam telah berada di bawah seliaannya.

Kemudiannya setelah mengalami beberapa perubahan dan pejabat operasi premisnya dipindahkan ke Kuala Lumpur, Bank Agong Kampong mula menukar nama menjadi Bank Kerjasama Rakyat Malaysia, pada 1967.

Bermula dari detik itu, operasi bank tidak lagi hanya tertumpu pada koperasi yang berdaftar sahaja, akan tetapi mulai membuka pendaftaran kepada perseorangan pula. Tindakan itu secara langsung telah merancakkan operasi pengurusan kewangan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia.

Namun setelah itu, pada tahun 1973 ia sekali lagi menukar entiti kepada Bank Rakyat. Peralihan tersebut ternyata membawa perubahan yang begitu ketara kepada pengurusan bank. Di mana, sehingga kini pengenalan bank masih dikenali sebagai Bank Rakyat.

Peralihan itu juga sekaligus telah menunjukkan hampir 66 tahun penubuhan Bank Rakyat mula tercetus. Menerusi perkembangan ini ia secara jelas mempamerkan usaha Bank Rakyat dalam meningkatkan kualiti dan prestasi perkhidmatan mereka kepada orang awam.