Artikel

Majlis Angkat Sumpah Ketua Menteri Sabah Dijadualkan Esok

Majlis Istiadat Angkat Sumpah Ketua Menteri Sabah dijadualkan akan berlangsung pada hari esok, 29 September 2020.

Istiadat tersebut akan dijalankan di Istana Negeri Sabah. Menurut bahagian Media dan Komunikasi Korporat Jabatan Penerangan Negeri Sabah memaklumkan, istiadat tersebut akan diadakan pada pukul 10.30 pagi.

Namun begitu, penama bagi calon Ketua Menteri Sabah masih belum dinyatakan.