Artikel

27 September 1968 – Pembukaan Stesen Janaelektrik Peringkat Pertama Semenanjung Malaysia

Pada tanggal 27 September 1968, telah berlakunya perasmian Stesen Janaelektrik Port Dickson di Negeri Sembilan.

Pembukaan Stesen Janaelektrik tersebut telah dilakukan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.

Detik sejarah kita kali ini, peristiwa perasmian tersebut dilihat sebagai pemulaan perluasan penggunaan elektrik di seluruh Malaysia dilakukan. Untuk makluman pembaca, stesen tersebut telah dibina oleh Lembaga Letrik Negara (LLN) secara berperingkat dan pada pengenalan Stesen Janaelektrik PD ini ia merupakan peringkat pertama.

Menerusi penggunaan Stesen Janaelektrik tersebut, ia telah membekalkan sekitar 40% keperluan bekalan elektrik di Semenanjung Malaysia. Perancangan perluasan peringkat stesen LLN ini merangkumi Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang. Ini termasuklah pembinaan tiga buah empangan di Perak.

Empangan tersebut juga dianggarkan dapat mengeluarkan sekitar 600 juta watt tenaga elektrik. Perluasan ini sekaligus membuka peluang yang lebih besar kepada industri penjanaan elektrik negara.

Secara tidak langsung peristiwa tersebut memberi kemudahan yang lebih baik kepada rakyat Malaysia.