Istiadat mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri (KM) Sabah yang baharu tidak akan diadakan hari ini. Perkara ini diketahui oleh pihak media awal pagi Ahad.
Istana Negeri dilaporkan akan mengeluarkan satu kenyataan berhubung perkara tersebut tengah hari ini.
Maklumat tersebut diperoleh selepas kenderaan yang membawa Peguam Negeri Sabah memasuki perkarangan istana.
Isu pelantikan KM tertimbul akibat pergelutan di antara parti-parti yang telah menang.
Setakat ini parti yang telah menang adalah seperti yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), di mana Parti Warisan Sabah (WARISAN) – 29 kerusi, Perikatan Nasional – 17 kerusi, Barisan Nasional – 14 kerusi, Parti Bersatu Sabah – 7 kerusi, Bebas – 3 kerusi, Parti Keadilan Rakyat – 2 kerusi dan Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu (UPKO) pula hanya 1 kerusi.