Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini telah memaklumkan, dengan mewajibkan kesemua individu yang baru tiba dari Sabah, akan jalani ujian saringan COVID-19.
Tindakan itu akan berkuat kuasa bermula esok, 27 September 2020.
Bermula 27 September 2020 sehingga 10 Oktober 2020, semua individu yang baru tiba dari Sabah akan disaring di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) dan domestik.
— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) September 26, 2020
Ujian saringan tersebut akan dilakukan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) dan pintu masuk domestik.
Sekiranya individu yang terlibat mengalami jangkitan pada saluran pernafasan dalam tempoh 14 hari dari tarikh pulang, individu tersebut perlu menjalani saringan ulangan.
KKM turut mengatakan semua yang terlibat wajib menjalani pengawasan dan pemerhatian dirumah (HSO) sehingga memperolehi keputusan saringan negatif.
Seperti yang umum ketahui, catatan kes positif Malaysia dilihat semakin meningkat. Terutamanya pada negeri Sabah, terbaharu sebanyak 7 negeri telah mencatat 11 kes baharu yang berpunca dari Sabah. Iaitu Kuala Lumpur (3 kes), Negeri Sembilan (2 kes), Terengganu (2 kes), Selangor (1 kes), Pahang (1 kes), Melaka (1 kes) dan Johor (1 kes).
Kerjasama semua pihak yang terlibat amatlah dihargai, demi memastikan penularan yang lebih tinggi dapat dihentikan.