Pada detik sejarah kita kali ini, tanggal 26 September 1973 memperlihatkan suatu peristiwa di mana Malaysia telah memboikot menyertai persidangan IMF iaitu Dana Kewangan Antarabangsa.
Tindakan tersebut dilakukan bersama penyertaan negara Asia yang lain. Perkara itu telah dimulakan oleh Menteri Kewangan Afrika Selatan iaitu Nicholaas Diederichs.
Untuk makluman umum tindakan itu dilakukan kerana isu Dasar Apartheid – iaitu sebuah isu yang membeza-bezakan warna kulit, hak kedudukan perkauman pada status sosial dan ekonomi. Isu ini telah menyebabkan penindasan ke atas individu warna kulit hitam, di mana ia tlah menyalahgunakan hak asasi manusia.
Berdasarkan dasar tersbut, individu warna kulit putih di Afrika Selatan dianggap memiliki kedudukan istimewa, bebeza dengan individu kulit warna hitam yang dianggap orang bawahan.
Pemulaan dasar itu juga turut dikaitkan dengan penggunaan tenaga buruh di kalangan individu warna kulit hitam.
Pada ketika itu Malaysia menentang keras dasar tersebut, ia tidak relevan untuk dipraktikkan. Ini kerana, Malaysia memiliki rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum serta agama. Penghormatan perlu diberikan, bukannya penindasan berdasarkan kepentingan politik.
Malaysia telah mengambil langkah yang drastik untuk memboikot persidangan IMF dan tidak mengadakan sebarang hubungan diplomatik dengan Afrika Selatan sehinggalah dasar tersebut dihapuskan.