Artikel

25 September 1966 – Krisis Perlembagaan Sarawak, Gabenor Mohon Ketua Menteri Dipecat

Detik sejarah kita kali ini memaparkan konflik yang berlaku di Sarawak pada tahun 1966.

Krisis itu mula berlaku apabila 21 daripada 42 ADUN Sarawak mengumumkan pihak mereka tidak memiliki sebarang keyakinan terhadap kepimpinan Datuk Stephen.

Kesemua 21 ADUN itu telah menghantar memorandum kepada Gabenor Sarawak menyatakan ketidakpuasan hati mereka.

Susulan itu, pada tanggal 25 September 1966, Gabenor Sarawak Tun Abang Haji Openg telah meminta kuasa Persekutuan untuk memecat Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Stephen Kalong Ningkan.

Langkah itu dianggap penting, kerana ia isu tersebut telah merosotkan keadaan politik Sarawak sehingga menimbulkan ancaman yang serius kepada keselamatan Sarawak dan Malaysia.

Di mana pada 15 September sebelum permohonan Gabenor Sarawak dilakukan, Raja atas nasihat kabinet telah memaklumkan situasi di Sarawak sebagai darurat.

Oleh itu, Kerajaan Persekutuan telah meminda Perlembagaan Sarawak dengan membenarkan Gabenor memanggil ahli majlis untuk berunding, namun setelah itu pemecatan Ketua Menteri Sarawak telah dilakukan. Ini kerana Datuk Stepehen gagal memperolehi sokongan majoriti ahli majlis.

Untuk makluman sebelum permohonan dilakukan, Datuk Stephen yelah menolak cadangan Gabenor Sarawak untuk mengundurkan diri.