Artikel

KKM Mewajibkan Penambahan Iodin Pada Setiap Jualan Produk Garam Di Pasaran

Kini semua garam dengan berat 20 kilogram mahupun kurang, diwajibkan menambah iodin sebelum di jual pada pasaran Malaysia.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini (25 September) telah memaklumkan semua garam halus atupun garam dipasaran negara perlu ditambah iodin sebelum dijual.

Tindakan ini selaras dengan pindaan Peraturan 285 berkaitan Garam Halus Beriodin atau Garam Beriodin di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Penguatkuasaan tersebut akan dimulakan pada 30 September ini.

Pindaan tersebut dilakukan rentetan hasil tinjauan Gangguan Akibat Kekurangan Iodin (IDD) Kebangsaan telah memaparkan pengambilan iodin bagi wanita hamil dan murid sekolah tidak mencapai paras optimum.

Sekitar 48.2% kanak-kanak sekolah rendah berumur 8 hingga 10 tahun telah mengalami masalah kekurangan iodin, manakala 2.1% pula mengalami masalah goiter.

Susulan itu, pelaksanaan Pengiodinan Secara Universal di Malaysia (USI) sedang dilakukan bagi meningkatkan semula pengambilan iodin dalam kalangan masyarakat negara.

Namun, rakyat negara turut dinasihatkan tindakan ini bukan meningkatkan pengambailan garam tetapi ia mewajibkan penambahan iodin pada garam tersebut sahaja.

Ingatan ini dilakukan bagi mengelakkan pengambilan garam yang berlebihan mampu membawa kepada hipertensi iaitu penyakit darah tinggi.

Sebarang maklumat lanjut, para pengguna boleh melayari pada pautan http://moh.spab.gov.my atau Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq.