Artikel

Tiada Lagi Tanggungan Subsidi Ke Atas Kos Kuarantin Pelancong Luar Negara – DS Ismail

Pelancong luar negara yang memasuki pintu masuk Malaysia kini perlu menanggung kos kuarantin sepenuhnya.

Tindakan itu berkuat kuasa pada 24 September 2020, semalam.

Menurut Dato’ Seri Ismail Sabri, Menteri Kanan (Keselamatan), kos tersebut perlu ditanggung tanpa subsidi kerajaan. Ini bermakna sebanyak RM2,600 hingga RM4,700 kos operasi tetap yang perlu ditanggung, manakala RM2,100 pula bagi kos penginapan kuarantin mereka.

Sementara itu, bagi rakyat negara yang pulang atau memiliki perjalanan tertentu – kerajaan masih mengekalkan kos kuarantin yang sama. Di mana mereka hanya perlu membayar RM2,100 sahaja untuk kos penginapan, manakala kos operasi berjumlah RM2,600 akan ditanggung oleh pihak kerajaan.

Usaha pengenaan bayaran ini adalah tindakan tegas kerajaan untuk memastikan semua pihak mengambil serius akan perjalanan masing-masing. Ia bagi membendung penularan pandemik yang lebih teruk terus berlaku.