Artikel

24 September 2007 – Dua Calon Angkasawan Negara Diumumkan

Detik sejarah kali ini cukup menggembirakan negara, di mana pada tanggal 24 September 2007 – dua nama calon angkasawan negara telah diumumkan layak menyertai misi Soyuz 15-S ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa.

Kedua-dua calon tersebut adalah Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dan Kapten Dr. Faiz Khaleed. Pengumuman tersebut dilakukan oleh Perdana Menteri Kelima negara iaitu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya.

Pemilihan Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Faiz ini telah dijalankan oleh keputusan Lembaga Penetapan Krew Agensi Angkasa Lepas Russia, Roscosmos.

Malah pemilihan ini juga menunjukkan kedua-dua calon berjaya dipilih dari 11,275 calon yang lain. Selain itu pengumuman itu juga secara tidak langsung turut menyingkirkan dua calon terdekat seperti S.Vanajah iaitu calon tunggal wanita yang berkhidmat sebagai Juruterbang Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dan Mohammed Faiz Kamaluddin berkhidmat sebagai juruterbang.

Kelayakan tersebut bagaiamapun masih belum berakhir, kedua-duanya akan menjalani latihan terakhir di Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan mulai 28 September 2007.

Sejarah itu secara tidak langsung membuka lembaran baru kepada bidang angkasa negara. Di mana kita bukan sahaja dapat melakukan kajian namun kini mulai dapat menerokanya.