Artikel

AirAsia Digital, Bukan Pelan B Perniagaan Kami – Tony Fernandes

AirAsia Berhad hari ini (24 September) memperkenalkan AirAsia Digital iaitu sebuah platform digital mereka yang menempatkan tiga tampuk perkhidmatan pelancongan, e-dagang dan kewangan.

Menurut Tony Fernandes, Ketua Eksekutif Kumpulan AirAsia mengatakan inisiatif ini bukanlah rancangan sandaran yang hanya dilaksanakan disebabkan COVID-19. Pelan pelaksanaan airasia digital ini sememangnya sudah lama difikirkan sejak dua tahun lalu. Namun situasi kini baru membenarkan pelan tersebut dapat dilakukan.

Selain itu, Tony turut mengakui meskipun penerbangan AirAsia memiliki kelebihan pada penerbangan domestik, namun proses pemulihan pelancongan akan kekal perlahan dan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih.

Pada ramalannya, perjalanan udara di Thailand dan Malaysia setakat ini memiliki kapasiti muatan sekitar 70% pada operasi mereka.