Artikel

IMF Beri Amaran Krisis COVID-19 Akan Terus Membebani Ekonomi Dunia

Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) kini mengatakan pertumbuhan ekonomi dunia memerlukan tempoh pemulihan yang lebih lama dari yang dijangkakan.

Sejak bermulanya penularan krisis COVID-19 ini, sejumlah RM371 bilion (AS$90 juta) telah disalurkan kepada 79 buah negara, ini termasuklah 20 di Amerika Latin.

Penyaluran dana tersebut bagi membantu aliran tunai pertumbuhan negara-negara dan kaedah dalam menangani penyusutan ekonomi yang terpaksa ditanggung oleh dunia secara mengejut.

Menurut IMF, pihaknya sedang berusaha mengekalkan kekuatan kewangan mereka supaya tidak menjejaskan lagi pertumbuhan dunia. Ini kerana masih banyak lagi negara yang memerlukan bantuan kewangan.

Antara negara yang ditakrifkan mengalami kegawatan ekonomi adalah di Amerika Latin dan Caribbean, di mana sekitar 8.4 juta kes positif COVID-19 telah dikesan dan mencatatkan lebih 314,000 kes kematian.

Sebelum ini IMF telah melaksanakan Inisiatif Penangguhan Perkhidmatan Hutang pada April lalu dan dijangka akan berakhir pada Disember kelak.

Bagaimanapun, susulan situasi dilihat masih lagi tiada perubahan -IMF mencadangkan usaha tersebut dilanjutkan sehingga tahun 2021. Cadangan itu sedang diperdebatkan dengan kumpulan 20 (G20) negara ekonomi utama. Tindakan itu bagi membantu mengurangkan bebanan negara-negara yang berpendapatan rendah.

Selain itu, meskipun AS adalah pemegang saham terbesar dalam IMF, telah menyatakan harapannya untuk menyumbang pada inisiatif tersebut namun setakat ini masih tidak ada dana yang disediakan untuk program tersebut.