Bagi menghentikan larangan penglibatan TikTok AS pada negara terbabit – ByteDance kini telah memohon permit eksport teknologi pada China bagi keperluan pengesahan kemasukan teknologi negara mereka di Amerika Syarikat (AS).
Permohonan tersebut telah diserahkan kepada Biro Perdagangan Beijing dan pihak ByteDance masih menanti keputusan susulan.
Usaha ini dilakukan bagi menghindari penutupan aplikasi tersebut pada pasaran AS, umum ketahui sebelum ini kedua-dua buah negara telah menolat syarat-syarat perjanjian awal yang telah ditetapkan TikTok. Tindakan itu sekaligus merumitkan lagi situasi pengambilalihan jenama China ini.
ByteDance mengatakan akan menubuhkan anak syarikat AS bernama TikTok Global di mana ia akan memiliki 80% pegangan, namun Oracle dan Walmart sebaliknya mengatakan pegangan majoriti akan diperolehi AS.
Situasi ini sekaligus menimbulkan pelbagai persoalan berhubung pengakhiran perjanjian tersebut.