Istana Negara kini memaklumkan majlis menghadap yang dijadualkan pada hari Selasa (22 September) Presiden PKR, Anwar Ibrahim, semalam telah ditangguhkan berikutan kegeringan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.
Buat masa ini, Agong akan menjalani rawatan di bawah Insitut Jantung Negara (IJN). Namun di samping itu, rakyat jelata telah dinasihatkan baginda untuk kekal menjaga kesihatan sejagat dengan mematuhi garis peraturan COVID-19 yang telah ditetapkan.
Selain itu, Al-Sultan Abdullah turut mengajak seluruh rakyat Malaysia sentiasa mendoakan negara hindar dari sebarang ancaman keselamatan yang mampu mengugat kemakmuran negara.
Baginda turut menzahirkan rasa terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesejahteraanya.