Artikel

Premis Yang Mengalami Penurunan Hasil 30% Ke Atas, Boleh Memohon Program Subsidi Upah 2.0

Kerajaan kini memperkenalkan Program Subsidi Upah 2.0 di bawah Kerangka inisiatif Tambahan Prihatin dengan memperuntukan sebanyak RM2.4 bilion.

Menerusi inisiatif ini, kerajaan menganggarkan sekitr 1.3 juta pekerja bakal memperolehi manfaat dana.

Tindakan ini bagi membantu premis perniagaan yang telah terjejas disebabkan krisis COVID-19. Syarat permohonan adalah premis yang mengalami penurunan hasil lebih 30% berbanding hasil tahun lalu.

Buat masa ini, program tersebut akan ditawarkan sehingga 3 bulan pada kadar RM600 sebulan untuk setiap pekerja syarikat. Namun jumlah maksimum yang ditawarkan bagi permohonan syarikat untuk program ini haruslah memiliki 200 pekerja maksimum.

Untuk makluman pembaca, PSU 2.0 ini akan dibuka kepada premis perniagaan berdaftar dibawah PERKESO sehingga 31 Ogos 2020. Permohonan program ini akan dibuka bermula 1 Oktober sehingga 31 Disember 2020.