Bagi individu yang gemar menunggang basikal di kawasan lebuh raya, kini anda akan dikenakan kompaun sehingga RM2,000.
Tindakan ini berikutan kegagalan penunggang basikal untuk mematuhi arahan yang telah digariskan oleh pihak berkuasa.
Perbuatan mengingkari arahan ini secara langsung memberi kesan kepada keselamatan persekitaran serta warga pemandu di lebuh raya.
Seperti yang umum ketahui, mengikut Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 – sekiranya disabitkan kesalahan hukuman denda adalah tidak kurang RM300 dan tidak melebihi RM2,000.
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik PDRM menasihati para penunggang basikal untuk tidak melakukan sebarang aktiviti basikal di kawasan lebuh raya.
Pihak mereka dibenarkan melakukan aktiviti sedemikian di Jalan Persekutuan, Jalan Negeri dan Jalan Bandaran.