Artikel

Setel Kini Membolehkan Anda Membayar Terus Tanpa Perlu Tambah-Nilai

Setel merupakan perkhidmatan dompet digital yang ditawarkan untuk pembayaran petrol secara nirtunai di stesen petronas. Pada awalnya, Setel memerlukan pengguna membuat tambah-nilai terlebih dahulu sebelum menggunakan dana berkenaan untuk tujuan pembelian petrol di stesen Petronas.

Menariknya, kini pengguna diberikan kaedah alternatif dengan membolehkan anda melakukan pembayaran terus dengan menggunakan kad kredit. Anda hanya perlu menambah kad ke bahagian CardTerus, dan seterusnya pembayaran akan dilakukan terus menggunakan kad kredit tanpa perlu membuat tambah-nilai terlebih dahulu.

Setel juga turut menjanjikan pulangan tunai sehingga 10% untuk beberapa kad kredit yang terpilih.

Setel disediakan untuk Android dan iOS, serta turut boleh digunakan untuk pembelian barangan dibeberapa kedai mesra di stesen Petronas terpilih.