Artikel

Gagal Mendapatkan TikTok, Microsoft Membeli Studio Permainan Pada Nilai RM31 Bilion

Microsoft sebelum ini telah mengatakan dalam perbincangan untuk mengambil-alih operasi TikTok, tetapi akhirnya, mereka gagak mencapai kata sepakat, dan TikTok diambil-alih bersama oleh Oracle dan Walmart.

Apa pun, terbaru Microsoft membuat kejutan dengan mengambil-alih salah satu studio permainan terkemuka, Bethesda. Microsoft mengambil-alih syarikat disebaliknya pada nilai mencapai $7.5 bilion (~RM31 bilion).

Untuk makluman, ZeniMax MMedia mempunyai sejumlah permainan popular dibawah mereka, termasuk Elder Scrolls, Doom, Fallout, Prey dan sebagainya.

Pengambil-alihan ini sendiri mengukuhkan lagi studio permainan yang berada dibawah jenama Microsoft. Sebelum ini, mereka sedia mempunyai penerbit permainan Halo, Minecraft, Age of Empires dan sebagainya dibawah mereka – sekaligus mempunyai pelbagai penerbit jenama permainan video terkemuka dibawah Xbox Game Studios.

Untuk Microsoft sendiri, ia memberikan akses kepada pelbagai IP dan watak permainan berkenaan untuk tujuan pembangunan atau pemasaran lanjut pada masa akan datang. Disamping itu, ramai menyasarkan ini juga akan mengukuhkan penawaran perkhidmatan “Netflix untuk permainan” yang dinamakan Xbox Game Pass, dan pada masa yang sama, Microsoft mungkin mula menawarkan beberapa permainan secara eksklusif di platform milik mereka sahaja.

Xbox Bethesda

Pengambil-alihan ini juga terus mengukuhkan kedudukan Microsoft dalam arena hiburan (permainan video), disamping terus mendapatkan pelbagai studio permainan untuk beroperasi dibawah mereka. Ia juga secara tidak langsung membolehkan Microsoft mendominasi arena permainan video yang kian mendapat perhatian ramai dari hari ke hari sebagai salah satu medium hiburan alternatif berbanding menonton video dan mendengar lagu.

Apa pun, yang bakal menjadi cabaran pada kemudian hari adalah untuk kekal hadir dengan permainan yang unik dan menarik untuk para pemain, disamping menawarkan lebih banyak pilihan menarik kepada pengguna untuk beralih ke Xbox dan juga langganan Game Pass. Langkah ini juga mungkin akan sedikit memberikan tekanan kepada pihak Sony yang baru mengumumkan konsol PlayStation 5.