Sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, sejumlah peraturan baru telah dilaksanakan, termasuk orang ramai diminta untuk lebih meluangkan masa di dalam rumah berbanding keluar ke rumah tanpa sebarang keperluan.
Dengan pembukaan ekonomi secara berperingkat, beberapa perubahan diperkenalkan sedikit demi sedikit.
Selepas sektor ekonomi seperti restoran dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi sehingga 2 pagi, kini kerajaan turut mengumumkan aktiviti sukan kini turut dibenarkan dilanjutkan sehingga 2 pagi.
Apa pun, seperti biasa, pengguna dinasihatkan untuk kekal dirumah sekiranya tiada keperluan, dan mengamalkan penjarakkan fizikal, termasuk SOP yang telah disediakan oleh kerajaan.
Aktiviti sukan dibenar dilanjut sehingga 2 pagi – DS @IsmailSabri60
— BERNAMA Radio🇲🇾 (@bernamaradio) September 22, 2020