Artikel

NASA Rancang Kembali Ke Bulan Menjelang 2024 – Dengan Anggaran AS$28 Bilion

NASA pada hari ini (22 September) telah merancang untuk kembali ke Bulan pada tahun 2024 dengan anggaran kos RM115.8 bilion (AS$28 bilion).

Perancangan ini merangkumi perbelanjaan modul pendaratan sebanyak RM66.1 bilion (AS$16 bilion).

Namun berikutan konflik politik Amerika Syarikat (AS), wakil NASA – Jim Bridenstine melihat ia sebagai ancaman terbesar kepada skop pekerjaan NASA.

Ini kerana sebelum ini Barack Obama pernah membatalkan perancangan perjalanan NASA ke Marikh, tindakan itu telah merugikan peruntukan persediaan yang dilakukan pihaknya.

Menurut laporan AFP, sekiranya pihak Kongres AS telah bersetuju menyalurkan dana awal sejumlah AS$3.2 bilion menjelang sambutan Krismas, maka pelan pendaratan NASA pada 2024 ini masih di landasan yang tepat.

Setakat ini, terdapat tiga projek yang berbeza sedang bersaing bagi membina pendaratan ke Bulan – yang pertama adalah Blue Origin, diasaskan oleh CEO Amazon, Jeff Bezos dengan kerjasama Lockhead Martin, Northrop Grunman dan Draper.

Manakala dua lagi projek lain adalah dilaksanakanolehSpaceX Elon Musk dan Dynetics.