Setelah 25 tahun mengawalselia Sapura Energy Berhad, kini Tan Sri Shahril Shamsuddin umum pengunduran diri beliau.
Pengumuman itu secara tidak langsung meyaksikan penyerahan tugas kepada Datuk Mohd Anuar Taib, yang bakal menggantikannya selaku Ketua Pegawai Operasi dan Ketua Pegawai Eksekutif mulai 1 Oktober ini.
Ia adalah sebahagaian daripada tempoh transisi jawatan selama 6 bulan.
Bagaimanapun, persaraan TS Shahril Shamsuddin ini hanya akan berkuat kuasa mulai 22 Mac 2021 kelak. Ini berikutan pelepasan jawatan tersebut dapat dilakukan sebaik sahaja umur beliau mencapai 60 tahun.
Melihat pada perkhidmatan TS Shahril sebelum ini, di bawah pimpinannya – beliau telah berjaya mengembangkan pasaran domestik bagi syarikat minyak dan gas (O&G) sejak mengasaskannya pada pertengahan tahun 1990 lagi.
Malah legasinya dilihat telah meningkatkan kemampuan teknikal Sapura Energy dalam menghasilkan aset berkelas dunia.