Huawei Technologies kini merancang untuk mengurangkan lebih ramai lagi jumlah kakitangan serta pelaburan pada operasi di Australia.
Tindakan ini berikutan konflik antara Beijing dengan Canberra. Ketegangan itu masih lagi berterusan.
Untuk makluman pada 2018, Australia telah melarang Huawei membekalkan komponen rangkaian mudah alih 5G, dengan alasan ia memberi risiko kepada keselamatan negara.
Kenyataan itu dilihat bukan sahaja bermotifkan kepentingan politik namun ia telah menjejaskan 1,000 pekerjaan teknologi pada operasi Huawei.
Berdasarkan tinjauan Kajian Kewangan Australia, Huawei telah menghentikan pelaburan ke atas penyelidikan dan pembangunan operasi Australia sehingga RM298 juta (AS$100 juta).
Malah, Huawei juga bakal menamatkan tajaan mereka ke atas Kelab Liga Ragbi Australia untuk setahun lebih awal daripada pelan asal.
Langkah itu jelas menunjukkan hubungan diplomatik antara China dan Australia semakin meruncing, di mana bukan sekadar bahagian teknologi sahaja turut terkesan namun bahagian sektor makanan juga turut mengalami situasi yang sama.
Menerusi laporan Reuters, Beijing kini telah menyekat kemasukan import daging lebu Australia, mengenakan tarif lambakan dan melancarkan penyelidikan anti-lambakan ke atas produk anggur negara tersebut.