Artikel

Jangan Diskriminasi – Semua Negara Perlu Ada Akses Vaksin COVID-19, Gesa PM Muhyiddin

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin kini menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk memastikan bekalan vaksin COVID-19 dalam diakses oleh setiap negara tanpa sebarang diskriminasi.

Keperluan pemantauan ini penting buat seluruh negara di dunia, ini kerana sehingga kini lebih 960,000 ribu kematian telah dicatatkan berhubung kes positif COVID-19 global, manakala bagi kes keseluruhan pula lebih 31 juta kes telah dicatatkan.

Berdasarkan angka tersebut, ia telah memberi kesan yang mendalam kepada kedudukan ekonomi dunia. Oleh itu seharusnya tiada sebarang penindasan atau diskriminasi pada negara berlaku.

Malaysia kekal menyarankan pihak PBB dalam memastikan keperluan tersebut haruslah bersifat seimbang dan adil.

Peringatan tegas itu telah dimaklumkan oleh PM Muhyiddin pada hari ini (22 September) bagi Perhimpunan Agung PBB (UNGA) secara maya di mesyuarat peringkat tinggi New York.