Artikel

21 September 1967: Malaysia-Jepun Memeterai Perjanjian Hutang Darah

Detik sejarah kali ini adalah temeterainya Perjanjian Hutang Darah atau Perjanjian Bayaran Muhibah antara Malaysia dan Jepun pada tanggal 21 September 1967.

Perjanjian tersebut telah dimeterai di Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur.

Untuk makluman perjanjian ini dilakukan berikutan bagi melunaskan hutang darah yang dilakukan oleh pihak Jepun ketika pendudukan mereka di Tanah Melayu pada tempoh 1941 hingga 1945.

Menerusi perjanjian tersebut – ia telah dibincangkan antara Tunku Abdul Rahman bersama Perdana Menteri Jepun, Tuan Eiko Sato pada rangka kerjasama ekonomi di Tokyo pada Mei 1967.

Hasil perbincangan tersebut, pihak Jepun telah bersetuju memberikan dua buah kapal. Menerusi pemberian kapal ini ia secara tidak langsung dapat membantu Malaysia membangunkan syarikat perkapalan kebangsaan sendiri.

Malah berdasarkan perjanjian tersebut, Jepun perlu melengkapkan segla persetujuan dalam masa tiga tahun bermula dari perjanjian tersebut dilaksanakan.

Ternyata detik sejarah ini cukup penting untuk negara kerana disitulah bermulanya usaha negara membangunkan sektor perkapalan sendiri yang dikenali sebagai Malaysia International Shipping Corporation Berhad (MISC).

Sejak itu, kerajaan mula mengorak langkah dengan membuka pelbagai peluang pembelian saham kepada hartawan negara. Tindakan itu meningkatkan lagi jualan pembelian kapal.