Artikel

Shell Laksana Pemotongan 40% Kos Pengeluaran Minyak Dan Gas

Royal Dutch Shell kini akan mengurangkan 40% kos pengeluaran minyak dan gas.

Tindakan ini adalah langkah penjimatan aliran tunai mereka bagi merombak semula operasi perniagaan dan memberi lebih tumpuan kepada pasaran tenaga boleh diperbaharui dan pasaran sumber tenaga lain.

Proses penjimatan ini dijangka akan melebihi sasaran yang dianggarkan sebelum ini iaitu sebanyak RM16.45 bilion (AS$4 bilion) menerusi model platform Project Reshape.

Projek itu dijangka akan berakhir pada tahun ini dan memberi kesan kepada landskap operasi Shell.

Untuk makluman, tahun lalu – kos keseluruhan operasi Shell mencecah AS$38 bilion manakala perbelanjaan modal pula mencapai AS$24 bilion.

Sehubungan itu, perbelanjaan modal operasi perlu dikurangkan. Selain ingin menjimatkan aliran tunai, langkah ini juga dapat melancarkan pelan syarikat pada penglibatan sektor baharu.

Selain pengurangan pengeluaran – bahagian gas bersepadu, gas asli cecair (LNG) juga sedang memantau kaedah dalam melakukan pengurangan kos.

Malah, semakan semula ke atas pengurangan kos di 45,000 stesen rangkaian perkhidmatan juga sedang dilakukan.