Artikel

FoodPanda Memperluaskan Operasi Ke Jepun

FoodPanda merupakan salah satu perkhidmatan penghantaran makanan yanng popular di Malaysia, dan beberapa negara lain sekitar Asia Pasifik. Ditubuhkan pada 2012 yang lepas, dan kini FoodPanda beroperasi di lebih 300 bandar. Terbaru, FoodPanda turut memperluaskan perkhidmatan seru-makanan mereka ke Jepun.

Penyertaan FoodPanda ke pasaran Jepun akan membuatkan ia bersaing dengan sejumlah perkhidmatan lain, termasuk uber Eats, Rakuten Delivery, Amazon Japan, dan sebagainya. Berbanding dengan pasaran Malaysia, perkhidmatan penghantaran makanan di Jepun lebih bersaing sengit – dan pada masa yang sama mempunyai permintaan tinggi.

FoodPanda akan melabur sekitar $20 juta Euro untuk peringkat permulaan dalam membuka perkhidmatan di enam bandar di Jepun bagi fasa pertama ini.