Sekitar 1% (63 juta) individu kaya di dunia kini bertanggunjawab ke atas pencemaran karbon global yang dilakukan oleh mereka. Apa yang lebih teruk, pencemaran itu adalah lebih dua kali ganda teruk berbanding separuh penduduk termiskin di dunia iaitu 3.1 bilion.
Menurut laporan AFP, tinjauan Oxfam, Institut Alam Sekitar Stockholm – pencemaran yang dilakukan oleh kumpulan individu kaya ini telah bermula sejak tahun 1990 lagi dan kumpulan ini bertanggungjawab ke atas satu pertiga pelepasan karbon di Bumi.
Perbezaan peningkatan dapat dilihat antara 1990 hingga 2015 sebanyak 60% pencemaran. Kenyataan ini amatlah teruk.
Ia kerana telah mengancam perubahan iklim di seluruh negara, khususnya negara-negara yang sedang membangun dan negara miskin. Ancaman itu merangkumi kesan ke atas ekonomi, alam sekitar dan kesihatan.
Meskipun ketika ini pelepasan karbon telah menunjukkan penurunan disebabkan krisis COVID-19 namun keadaan itu tidak mengubah kenyataan bahawa kumpulan itu tidak sensitif akan permasalahan ini.
Berdasarkan tinjauan, antara faktor yang mendorong masalah ini adalah disebabkan ketidaksamaan. Ia merangkumi ketidaksamaan ekonomi dan ketidaksamaan negara dalam mengurangkan kadar kemiskinan.
Kedua-dua faktor ini jelas memberi kesan mendalam kepada pencemaran karbon di dunia. Bagaimanapun kesan yang lebih teruk diterima sudah pasti adalah pada kumpulan miskin.
Mengulas laporan tersebut, aktivis persekitaran – Hindou Oumarou Ibrahim menyifatkan perubahan iklim tidak dapat diatasi tanpa mengutamakan persamaan ekonomi.
Sekiranya perlu memilih masalah ini akan berterusan berlaku, atau mungkin menjadi lebih teruk.