Artikel

Program Subsidi Upah Perlu Dilanjutkan, Tingkatkan Jumlah Peratusannya – MEF

Program subsidi upah dijadualkan akan berakhir pada bulan ini perlu dilanjutkan sehingga Disember.

Kenyataan Datuk Shamsuddin Bardan, Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) merangkumi situasi ketika ini bahawa masih ramai lagi premis perniagaan yang sedang mengalami kesukaran aliran tunai.

Sekiranya program subsidi upah ini dihentikan sudah pasti ia akan membawa kesan yang lebih tinggi kepada operasi perniagaan. Berkemungkinan besar kadar pengangguran akan meningkat semula dan pengurangan kadar gaji akan berterusan berlaku.

Ini kerana majikan tidak dapat elak daripada memilih pilihan tersebut.

Malah menurut pemerhatian MEF, program subsidi upah negara dilihat hanya berjumlah 12% dari purata gaji pekerja sektor swasta. Ini berbeza dengan negara jiran, Singapura yang menetapkan jumlah peratusan subsidi upah pada kadar 75%.

Oleh itu, kerajaan bukan sekadar perlu melanjutkan tempoh program tersebut tapi perlu juga meningkatkan jumlah peratusan subsidi kepada pekerja di Malaysia. Umum ketahui, menerusi program subsidi upah ini, ia telah membantu sekitar 2.4 juta pekerjaan tempatan.