Artikel

Malaysia Bakal Sertai COVAX – Pelan Bekalan Vaksin COVID-19

Kerajaan Malaysia semalam (19 September) telah mengumumkan penyertaan negara pada COVID-19 Vaccine Global Access (COVAX) bagi tujuan memperolehi sebahagian bekalan vaksin.

Buat masa ini Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang bertanggungjawab dalam meneliti terma penyertaan negara bersama pihak The Global Alliance for Vaccine and Immunisation (GAVI), peneraju yang bertanggungjawab mengendalikan COVAX.

Selain COVAX, negara juga sedang menyediakan perjanjian bagi penyertaan Coalition for Epidemic and Preparedness Innovations (CEPI) dan kerjasama antara kerajaan dengan kerajaan (G2G) bersama China.

Tindakan ini bertujuan memperolehi akses kepada bekalan vaksin dari syarikat famaseutikal negara tersebut.

Seterusnya, persefahaman non-disclosure aggrement Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama syarikat farmaseutikal antarabangsa yang lain juga turut ditandatangani oleh Malaysia. Ia merangkumi pengujian vaksin di tahap ke tiga.

Melalui inisiatif tersebut, ia secara langsung dapat memberi jaminan kepada negara berhubung penerimaan bekalan vaksin yang mencukupi pada kadar harga yang berpatutan.