Artikel

Merchantrade Mengambil-Alih 100% Valyou – Mengukuhkan Kedudukan Dalam Pasaran Kiriman Wang Rentas Negara

Valyou, salah satu perkhidmatan teknologi kewangan dan penyedia perkhidmatan kiriman wang digital rentas negara kini dilihat telah dijual kepada Merchantrade.

Valyou sebelum ini beroperasi dibawah Telenor Group – ibu syarikat Digi, dan kini Merchantrade mengumumkan pengambil-alihan 100% pegangan dalam syarikat tersebut daripada Telenor Group. Harga pengambil-alihan penuh tidak dinyatakan buat masa ini.

Dengan pengambil-alihan ini, ia terus mengukuhkan lagi kedudukan Merchantrade dalam arena teknologi kewangan – terutamanya penghantaran rentas negara.

Secara tidak langsung, ini juga akan meningkatkan lagi penguasaan Merchantrade dikalangan pasaran pekerja asing tempatan yang sering menggunakan perkhidmatan kiriman wang rentas-sempadan.