Artikel

AS Kini Mengharamkan Pembabitan Aplikasi TikTok, WeChat Pada Pasaran

Mulai 20 September ini, aplikasi TikTok dan WeChat milik negara China itu bakal disekat dari memasuki pasaran negara Amerika Syarikat (AS).

Seperti yang umum ketahui konflik pengambilalihan aplikasi ByteDance ini telah sampai ke pengakhirannya.

AS sebelum ini telah lantang menyuarakan penglibatan aplikasi TikTok AS mampu mengancam keselamatan rakyat mereka dan ia adalah antara alat politik China bagi mengugat kedudukan AS.

Bagaimanapun China dan ByteDance menafikan tuduhan tersebut.

Kini, Jabatan Perdagangan AS telah melarang rakyat AS dari memuat turun aplikasi TikTok dan WeChat. Ini bermaksud rakyat negara AS tidak lagi dapat memuat turun atau mengemaskini status aplikasi tersebut pada Google Play Store atau Apple AppStore.

Jabatan itu mengakui bahawa ancaman yang ditimbulkan oleh WeChat dan TikTok adalah berbeza namun kedua-dua entiti dilihat telah memperolehi sejumlah data dari rakyat yang tinggi, ini merangkumi aktiviti rangkaian, data lokasi, dan sejarah penyemakan carian.

Bagaimanapun, Tencent dan ByteDance jelas kecewa akan indakan pentadbiran Trump itu. Pihaknya mengharapkan perbincangan bagi jangka masa yang lebih panjang dapat dilakukan.

Tindakan itu tidak adil, kerana ia bukan menyelamatkan data peribadi rakyat AS tetapi seolah-olah telah meragut dan menjejaskan pelbagai premis kecil yang berada dibawah tampuk kedua-dua aplikasi tersebut.