Artikel

Syarikat Animasi Sebalik “Didi and Friends” Lancar OHDidi-K – Program Kokurikulum Untuk Pra-Sekolah

Digital Durian, syarikat disebalik animasi popular Didi and Friends serta Omar dan Hana, kini telah mengumumkan sebuah program baru yang ditujukan untuk peringkat pra-sekolah, iaitu OHDidi-K.

Program ini akan ditawarkan sebagai kokurikulum pra-sekolah, meliputi lebih 1090 perancangan pembelajaran harian.

OHDidi-K ini dikatakan sedikit istimewa kerana mempunyai perancangan pembelajaran yang direka oleh pakar pembelajaran pra-sekolah, selain turut mmenawarkan tema dan idea yang berbeza untuk pendidikan pra-sekolah.

Program ini telah diuji di Melaka yang melibatkan penyertaan 20 tadika, dan kini usaha untuk menarik lebih penyertaan tadika telah dimulakan di Johor. Dengan populariti watak Didi & Friends, serta Omar & Hana, program ini dijangka akan lebih menarik minat dan fokus kanak-kanak ketika sedang belajar.