Artikel

18 September 1963 – Pembentukan Majlis Pertahanan Malaysia

Detik sejarah kali ini, adalah berkenaan terbentuknya Majlis Pertahanan Malaysia (MPM) pada tanggal 18 September 1963.

Pembentukan MPM ini adalah antara langkah proaktif negara dalam bersedia menghadapi sebarang ancaman luar. Ia juga berfungsi mewujudkan tentera simpanan yang berperanan menyokong Angkatan Bersenjatan Angkatan Polis pada misi tertentu.

Sokongan ini merangkumi penglibatan Tentera Wataniah dan pertubuhan-pertubuhan awam.

Tujuan pelaksanaan MPM ini juga adalah untuk bersedia bagi sebarang kemungkinan yang boleh berlaku pada keselamatan negara kerana pada ketika itu negara dalam proses memutuskan hubungan diplomatik dengan Indonesia dan Filipina.

Malah ketika itu, Malaysia masih belum mengalami sebarang situasi peperangan dan disebabkan perkara itu langkah keselamatan perlu diperketatkan.

Untuk makluman, pembentukan MPM ini telah dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman dan disertai oleh bahagian keselamatan negeri serta Angkatan Bersenjata Persekutuan Malaysia.