Artikel

Permintaan Terus Meningkat, Top Glove Catat Keuntungan RM1.29 Bilion

Top Glove Corporation Bhd kini melaporkan lonjakan bagi keuntungan untuk suku tahunan keempat.

Premis pembuat sarung tangan tempatan itu telah mencatatkan keuntungan bersih tertinggi dengan RM1.29 bilion bagi laporan suku keempat yang berakhir pada 31 Ogos 2020.

Catatan itu secara jelas mengatasi angka tahun lalu yang sekadar mencatatkan RM74.2 juta dan ia juga melangkaui jangkaan yang dilakukan oleh para penganalisis industri iaitu RM349.2 juta.

Ini secara langsung memaparkan peningkatan pada pendapatan 161% bagi tahun ke tahun (yoy) kepada RM3.11 bilion.

Berdasarkan situasi ini juga, Top Glove turut menjangkakan peningkatan permintaan pasaran akan terus berlaku pada tahun hadapan, 2021 dengan anggaran 25%.

Meskipun vaksin ditemui kelak, komponen perlindungan masih lagi diperlukan untuk sebarang kemungkinan masa hadapan.

Setakat ini, Top Glove memaklumkan sebanyak RM8 bilion perbelanjaan modal diperuntukkan untuk tempoh enam tahun akan datang.