Artikel

Pengaturan Swap Dua Hala Jepun-Malaysia Termeterai

Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank of Japan hari ini (18 September) telah menandatangi Pengaturan Swap Dua Hala (BSA) kedua.

Perjanjian ini memperlihatkan garis pertukaran antara bank pusat untuk menukar mata wang negara mereka. Ia melibatkan simpanan bekalan mata wang yang tersedia untuk diperdagangkan dengan bank pusat lain pada kadar pertukaran yang berterusan.

BSA membolehkan kedua-dua pihak berkuasa menjalankan pertukaran mata wang tempatan masing-masing (yen, Jepun dan ringgit, Malaysia) untuk dolar AS. Perjanjian itu akan memberikan sehingga AS$3 bilion (RM12.4 bilion) untuk kedua-dua negara.

Sebilangan besar perjanjian adalah dua hala, yang bermaksud ia hanya antara dua bank negara.

Melalui perhubungan ini, BNM menyifatkan kerjasama kewangan dua hala mampu mewujudkan kestabilan pasaran pada kedua-dua buah negara. Ia bukan sekadar mengukuhkan hubungan ekonomi negara malah membuka lebih banyak peluang pada perdagangan.