Artikel

17 September 2001 – Malaysia Dinobatkan Sebagai Juara Sukan SEA

Sukan Asia Tenggara atau Southeast Asian Games (SEA) adalah temasya sukan yang melibatkan 11 wakil negara Asia Tenggara bertanding.

Acara sukan ini akan diadakan pada setiap dua tahun. Ia telah dipantau dibawah pengurusan Persekutuan Sukan Asia Tenggara bersama kolaborasi Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) serta Majlis Olimpik Asia.

Pada dasarnya tahun 1958, ia diberi nama Sukan Semenanjung Asia Tenggara atau Sukan SEAP namun memasuki tahun 1977 – Persatuan SEAP telah mengubah nama kepada Pertubuhan Sukan Asia Tenggara – maka tercetuslah pejenamaan temasya Sukan Sea.

Jadi pada detik sejarah kali ini, 17 September 2001 buat pertama kalinya Malaysia telah dinobatkan sebagai juara Sukan Sea XXI di Stadium Utama, Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil. Ia adalah anjuran negara kali kelima, sebelum ini Malaysia pernah menganjurkan temasya tersebut pada tahun 1965,1971,1977, dan 1989.

Acara kali ke 21 ini telah memperlihatkan 39 penempatan acara sukan di mana 19 acara di Kuala Lumpur, 10 acara di Selangor, 4 acara di Johor dan 3 acara masing-masing di Pulau Pinang serta Negeri Sembilan.

Negara ketika itu telah berjaya merangkul 111 pingat emas, 75 pingat perak dan 85 pingat gangsa.  Selaku tuan rumah, dengan 39 acara dipertandingkan itu adalah pencapaian rekod terbaik yang pernah dicatatkan oleh Malaysia.

Temasya itu juga telah menampilkan pembabitan sekitar 4,100 atlet daripada 11 buah negara berserta 15,000 penyertaan para sukarelawan bagi menjayakan pembikinan acara sukan ini. Antara pihak yang turut menjayakan temasya tersebut juga adalah rakan penaja seperti Spritzer, Genting Group, Milo, Coca Cola, Petronas, Proton, Nikon dan pelbagai lagi.