Artikel

Purata Gaji Malaysia Papar Peningkatan 4.4% Kepada RM3,224

Kadar upah dan purata gaji pekerja Malaysia kini memaparkan peningkatan 4.4% kepada RM3,224.

Berdasarkan tinjauan Laporan Survei Gaji dan Upah Malaysia 2019 – kadar tersebut telah meningkat berbanding purata upah tahun lalu iaitu pada RM3,087.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) kadar kenaikan ini turut didorong hasil peningkatan harga semasa tahun lalu yang menunjukan prestasi eknomi negara berada pada tahap yang baik dengan pertumbuhan sebanyak 4.4%.

Malah Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir turut mengatakan bilangan penerima gaji bagi tahun lalu turut meningkat 5.5% kepada 9.2 juta pekerja berbanding tahun 2018 iaitu 8.8 juta pekerja.

Untuk makluman, penelitian peningkatan kadar upah ini dinilai berteraskan ciri-ciri demografi dan sosioekonomi setempat.

Bagaimanapun, catatan ini tidak meliputi kesan krisis COVID-19 yang berlaku pada akhir tahun 2019.

Jangkaan bagi tahun ini (2020), DS Mohd Uzir menyifatkan penularan pandemik akan memberi kesan yang mendalam pada tinjauan kadar upah kelak.