Nelayan kini boleh menikmati kadar kenaikan elaun sehingga RM300 sebulan dibawah Elaun Sara Hidup Nelayan.
Kenaikan ini telah dimaklumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada acara Skim Subsidi Baja dan Racun Padi di Kota Kinabalu hari ini.
Kadar tersebut telah dinaikkan sebanyak RM50. Sebelum ini ia pada kadar RM250 sahaja.
Menerusi inisiatif ini, ia secara langsung dapat membantu golongan nelayan pada pendapatan isi rumah mereka.