Mulai hari ini (17 September), pemeriksaan awam bagi pengubahsuaian Laluan MRT Putrajaya akan dilakukan selama tiga bulan, berakhir 17 Disember 2020.
Menurut Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd, orang ramai boleh memeriksa pelan pengubahsuaian pada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).
Untuk makluman, pengubahsuaian ini adalah hasil daripada tindakan rasionalisasi kos oleh kerajaan bagi pembangunan infrsturktur 2018 dan kos pembinaan Laluan MRT Putrajaya telah dikurangkan dari RM39.35 bilion kepada RM30.53 bilion.
Sebanyak RM8.82 bilion kos telah dikurangkan berhubung tindakan pengubahsuaian pelan itu.