Artikel

Amazon Penuhi Lonjakan Permintaan – Rekrut 100,000 Pekerja Baharu Bagi Operasi AS, Kanada

Amazon kini merekrut 100,000 pekerja baharu bagi memenuhi pemintaan pada platform e-dagang mereka.

Peningkatan tersebut memerlukan tenaga penuh dari pekerja sambilan dan pekerja tetap unutk operasi mereka di Amerika Syarikat (AS) serta Kanada.

Peluang itu menawarkan gaji permulaan pada kadar AS$15 per jam (RM61.96) dan bonus sehingga AS$1,000 (RM4,130).

Penawaran peluang pekerjaan ini sekaligus menjadikan ia sebagai penawaran pekerjaan kali keempat yang telah dilakukan oleh Amazon. Malah angka tersebut dilihat melebihi sasaran yang telah ditetapkan untuk pengambilan tahun ini.

Menurut Dave Clark, Naib Presiden Operasi Kanan Amazon – sehingga kini sebanyak 100 bangunan penyimpanan barangan telah dibuka untuk memudahkan proses penghantaran barangan kepada pelanggan. Pembukaan pusat simpanan itu turut membuktikan permintaan pengguna berterusan melonjak naik.

Selain permintaan, saham Amazon turut memaparkan peningkatan hampir 70% untuk tahun ini, diikuti jualan meningkat sekitar 40% pada suku kedua mereka. Ia menjadikan perolehan Amazon sekitar AS$88.9 bilion dengan catatan pendapatan bersih pula sebanyak AS$5.2 bilion.