Artikel

Kerajaan Ingin Stabilkan Harga Pasaran Getah

Berikutan kesan pandemik telah mempengaruhi permintaan getah pada pasaran global, kerajaan kini menunjukkan komitmen untuk menstabilkan harga getah dan meningkatkan nilai tambah komoditinya.

Oleh itu, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi kini akan bekerjasama dengan negara pengeluar getah utama iaitu Thailand dan Indonesia, dibawah Majlis Getah Tiga Pihak Antarabangsa (ITRC) bagi menyeimbangkan semula harga getah pada pasaran.

Menerusi kerjasama ini, ia akan menghasilkan sekitar 63.3% daripada pengeluaran getah asli dunia.

Menurut Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng – dengan adanya perancangan yang baik dari pihak kerajaan maka, tindakan ini mampu meningkatkan penggunaan getah di negara ini – sekaligus dapat mengukuhkan harga getah untuk jangka sederhana dan panjang,

Inisiatif ini juga turut menaikkan pemintaan getah pada pembinaan jalan raya dan pengeluaran produk baharu termasuklah pembuatan sarung tangan getah. Secara tidak langsung ia memberi gambaran bahawa bahagian eskport dan pasaran industri getah negara mampu memelopori pasaran dunia.

Paling penting, tindakan ini turut membuka lebih banyak peluang pelaburan baharu pada industri getah negara.