Artikel

Infrastruktur Padi Kelantan Terima Peruntukan RM10 Juta

Kerajaan persekutuan kini telah meluluskan peruntukan RM10 juta bagi pelaksanaan projek infrastruktur pertanian padi di luar kawasan Kelantan.

Pelaksanaan ini merangkumi tanaman padi di daerah Machang dan Pasir Puteh, ia akan dijalankan sebelum akhir tahun ini.

Menurut Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar Negeri – peruntukan tersebut turut akan membantu proses naiktaraf pembinaan sistem saliran dikawasan pertanian.

Menerusi projek ini juga, ia bukan sekadar membantu meluaskan lagi sektor pertanian padi negeri Kelantan namun turut memulihkan semula penyusutan yang ditanggung sebelum ini, berikutan kesan pandemik telah menjejaskan operasi tanaman sektor tersebut.