Artikel

Matrade: Lebih 13,000 Premis Tempatan Berjaya Tembusi Pasaran Global

Sekitar 13,813 premis tempatan kini dibantu Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), telah tembusi pasaran global dalam tempoh 2015 hingga 2019.

Usaha ini dapat dilakukan menerusi penerapan 466 aktiviti promosi eksport yang telah dilaksanakan.

Menurut Senator Datuk Lim Ban hong, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) – selain syarikat, Matrade turut mempromosikan 337 lagi jenama Malaysia dalam pelbagai sektor, antaranya adalah Petronas, Royal Selangor, Secret Recipe, Marrybrown, Brahim’s, Adabi, Tanamera, Lewre, Khind, dan Upin & Ipin.

Inisiatif ini telah membantu premis tempatan dari segi pemahaman kaedah eksport dengan kerjasama firma perunding berhubung khidmat nasihat.

Setakat ini bagi tempoh Januari hingga Ogos 2020, sejumlah RM16.42 juta geran telah disalurkan kepada 1,072 syarikat tempatan.

Matrade juga kini bercadang menggunakan paltform digital – eBizMatch bagi meningkatkan lagi jumlah eksport negara. Platform itu dilihat berpotensi menjana jualan sekitar RM483.21 juta.