Dunia menakrifkan rasuah sebagai penyalahgunaan kuasa yang diamanahkan untuk keuntungan peribadi pihak tertentu.
Ia adalah satu terma yang membawa kepada penerimaan wang, barangan mahupun faedah yang menguntungkan pihak tertentu, secara tidak langsung ia adalah tindakan menganiaya pihak lain.
Detik sejarah kita kali ini adalah untuk mengungkap perisitiwa di mana Rang Undang-Undang Rasuah Negara Diwartakan oleh kerajaan pada tanggal 14 September 1961.
Tindakan itu adalah satu detik yang cukup penting dan bermakna, negara dilihat mula mengorak langkah yang lebih agresif dalam membanteras budaya ini.
Pada ketika itu, rang undang-undang telah dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Dato’ Dr. Ismail Abd Rahman iaitu Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Hal Ehwal Keselamatan.
Fokus rang undang-undang adalah untuk mengubal bagi menggantikan Undang-undang Mencegah Rasuah tahun 1950. Malah kerajaan juga berpendapat tindakan warta ini mampu memperkemaskan serta mempercepatkan penyiasatan ke atas dakwaan berhubung kes rasuah negara ketika itu.
Penegasan pada peringkat awal seharusnya diterapkan pada setiap institusi – tidak hanya keluarga, namun merangkumi pendidikan, pekerjaan ataupun pada sahsiah diri individu.
Ini kerana, sekiranya peranan itu tidak diberi penekanan ia mampu meluaskan lagi skop penindasan ke atas mereka yang tidak bersalah.
Atau mungkin kedudukan indeks rasuah negara kita pada ketika ini akab berterusan meruncing.